Persoalan Yang Belum Terjawab
Sebidang tanah sepatutnya termasuk didalam Tanah Simpanan Melayu berdasarkan Warta Tanah Simpanan Melayu FMS Gaz. Hakmilik tersebut tidak dicop/endorsed sebagai Tanah Simpanan Melayu.Satu permohonan untuk serah balik dan berimilik semula telah diterima oleh Pentadbir Tanah Daerah. Setelah hakmilik sementara didaftarkan selepas kelulusan serahbalik dan berimilik tersebut, kesilapan disebabkan tidak endorsan Tanah Simpanan Melayu telah disedari.
1. Wajarkah untuk dibuat endosan menggunakan Borang A kemasukkan
sebagai tanah Simpanan Melayu sedangkan hakmilik asal tiada catitan
menunjukkan ianya sebagai Tanah Simpanan Melayu.
2. Dan adakah ianya melibatkan implikasi perundangan kerana pemilik mendakwa
telah mengadaikan hakmiliknya kepada Institusi yang tidak layak menerima
gadaian tersebut.
3. Pemiliknya sekarang juga terdiri daripada Bukan Melayu?.
Friday, July 27, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)